Pengenalan: NICERS'20


"NATIONAL INVENTION & INNOVATION, COMPETITION, EXHIBITION AND ROBOT-SUMO 2020" (NICERS’20) merupakan penganjuran edisi kedua selepas kejayaan penganjuran edisi pertama pada tahun 2018. Jumlah penyertaan bagi "NATIONAL INVENTION & INNOVATION, CONFERENCE, EXHIBITION AND ROBOT-SUMO COMPETITION 2018" (NICERS’18) telah berjaya mengumpul sebanyak 121 projek inovasi, 128 Robot-sumo dan 100 kertas penyelidikan. Penyertaan melibatkan pelbagai institusi pengajian tinggi peringkat rendah, menengah dan tinggi serta pihak industri daripada seluruh Malaysia. Penganjuran NICERS’18 telah mendapat pengiktirafan peringkat kebangsaan daripada JPPKK. Ia turut menerima pengiktirafan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia bagi penyertaan melibatkan pendidikan peringkat rendah dan menengah.

Penganjuran NICERS’20 akan turut meluaskan penglibatan daripada pihak industri sebagaimana penganjuran sebelum ini. Penglibatan pihak industri sama ada sebagai panel juri ataupun peserta merupakan salah satu agenda nasional bagi mewujudkan jaringan kolaborasi yang proaktif bagi perkembangan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET).

Objektif NICERS'20

  • Memberi pendedahan kepada peserta berkenaan penghasilan produk yang berteknologi kreatif dan inovatif.
  • Memberi penghargaan kepada penghasilan produk yang kreatif dan inovatif
  • Mengumpul idea baharu dan projek pelajar serta pensyarah dalam satu pertandingan yang turut melibatkan penyertaan institusi selain dari PTSB.
  • Mengenalpasti projek inovasi yang berpotensi untuk dilindungi hak cipta dan harta inteleknya serta yang mempunyai potensi untuk dikomersilkan.
  • Mengenalpasti penyelidikan yang berpotensi untuk diperkembangkan tahap pengetahuan dan kemahiran peserta.
  • Memperkembangkan idea dan menyemai minat dalam bidang penyelidikan, kajian dan projek yang bermanfaat.
  • Mendedahkan pelajar kepada proses penyelidikan mengikut standard yang ditetapkan.

Urusetia NICERS'20

Pn. Naziah Binti Mohd Isa
(Pertandingan Inovasi)
No. HP: 013-4390277

En. Mahdzir Bin Jamia'An
(Pertandingan Sumobottle Challenge)
No. HP: 019-7799314

Pn. Zuraini Bt Ibrahim
(Pertandingan Mewarna & Melukis )
No. HP: 019-3278423

En. Mohd Iqbal Syazwan Azizan
(Bendahari/Urusan Pembayaran )
No. HP: 013-5130082

Soalan Lazim (FAQ)

Capaian pantas kepada maklumat umum seperti berikut:

Hubungi Kami

Sebarang masalah, sila hubungi kami melalui saluran yang berikut:

Alamat: Politeknik Tuanku Sultanah
    Bahiyah
    Kulim Hi-Tech Park, 09000, Kulim
    Kedah Darul Aman
Tel/Faks: 04-4033333 | 04-4033033